Berada di kalangan orang-orang 'mental' telah berjaya bikin saya demam dengan jayanya.
Selepas demam dedik-dedik mahu tumbuh gigi bongsu,dapat pula demam penyakit mental.
Penyakit 'mental' yang di hadapi manusia-manusia di kawasan saya:
1-Tolong kira gaji orang-walaupun sebenarnya dia bukanlah orang HR(payroll/cash & bill).
2-Tolong kira belanjawan orang lain.tambah-tambah kalau orang itu menikmati makanan segera yang beharga dari RM 5.95 yang boleh didapati di MC'D pada waktu lunch hour,mahupun orang itu menikmati coklat yang di hadiahi kekasih hati.
3-Menjadi personal assistant secara percuma.Bidang kuasanya:
i-menjaga personaliti luaran dan fesyen orang lain.
ii-mengambil tugas pakguard mengawasi pekerja-pekerja.mana orang itu bergerak,kepala mereka-mereka itu seakan camera yang di hide akan turut bergerak memerhati gerak geri.
iii-dan perkara-perkara yang di luar jangkauan juga akan di ambil kira.bak kata orang kampung,perkara dalam kain/seluar lah.
iv-orang-orang di top level.Si A,B,C. 3 manusia yang berada di department yang sama,malah bersebelahan meja,tapi tidak boleh mengadakan komunikasi yang baik dalam hal kerja.yang jadi mangsa di D.perlu melakukan arahan yang berbeza dari 3 kepala batu untuk sesuatu benda .memang keras mahu kematu hati.
yang musykil.lunch hour boleh pulak duduk semeja makan sebekal.
4-tolong membuat ketupat walupun tidak mendapat sambutan.
5-tolong jadi tukang buat apom.
oklah gua terus ke jalan cerita sebenar je lah.
penat nak berkias-kias.otak pun dah beku.
gua tak kisah apa orang nak sibuk-sibuk sal gua.
gua sekarang dah macam model tak bertauliah pulak.
gua pakai apa semua nak kecoh.nak tegur.habis tu?pegi keje nak pakai baju tidur?kasut selipar je?muka penuh tahi mata air liur?
haih.
nasib baik department gua tak da lelaki.-sudah pupus.
kalau ada mahu di tambah cuka lagi.
gua kena sembur pasal solat memang gua hangin jugak.tapi dalam hati jela.
gua tahu beliau tak solat,walaupun wajib baginya.tapi gua peduli apakan?nak sama taraf dengan orang sepet sebelah gua pun,gua peduli apa.lagipun gua bukan layak nak amik port.gua punya amalan pun tunggang langgang.sedangkan bekas mufti pun di pertikaikan kewibawaannya.apatah lagi gua kan?
gua rasa memang dunia semakin huru hara.
macam filem 2012 yang bakal gua tengok wekend neh.
gua nak kerja makan gaji neh pon tak lama.
adik gua habis belajar.gua ada saving sikit.
gua berhenti.nak buat kerja ikut jiwa gua.
jiwa bebas.
which is back before my mom disagree,but now she knows my passion inside.
oklah.
korang semua mesti akan suruh sabarkan.
ye,
gua akan sabar.
itu je ubatnya.
one day Allah akan bagi balasan untuk sifat sabar itu.
setakat kena hina,maki everthing tuh.gua dah lali.
chaiyok2!
kekadang bila di kenang-kenang perangai orang mental neh,bisa juga buat gua ketawa sorang-sorang.
p/s: sesiapa yang rajin baca magazine,kalau terjumpa story pasal gua,inform gua.gua kasi present.ahaha.
Wednesday, November 11, 2009
'Ada aku kisah'-kedengaran egokah?
who say this? Arjuna Qaseh at 11:26 PM 0 omong-omong
Saturday, November 7, 2009
My heart is beating too fast tonite!
Ya,
hati dan jantung berdetak sangat kencang malam neh.
berdebar-debar macam ah..
donno how to express it.
mandi pon dah tak lena,
makan pon dah tak basah,sebab makan nasi goreng.
tidur pon tak kenyang,setiap jam terjaga.
*dont say dat im falling in love okay?
Malam neh,
kelate vs n9.
gua berdebar tunggu keputusan hingga gua tak sanggup nak tonton malam neh.
gua kena belanja orang or tak bergantung kepada keputusan malam neh.
*macam bertaruh kan?
memang gua nerves so better tak payah tengok okay.
(kalau layan sorang2 tak best ma)
lagipun budak2 rumah neh ofcourse tak layan bola meh.
teringat pula zaman aku tengok bola kat stadium.
kat stadium dia punya aura lain macam.
dari orang tak berapa nak mental jadi mental.
first time gua tengok bola kat stadium dulu ngn arwah abang ngah gua.
time tuh kedah vs *tak ingat
tapi yang gua ingat,kedah cuti and kenduri besar after that.
gua kecik lagi.
sekolah pon belum.tapi dek kerana gua memang kamceng giler ngan abang gua kehulu hilir dia akan kendek gua.dia memang tak lut kalau2 membe2 dia nak kutuk/bahankan dia asyik kendek adik je pegi memana.
he being like my babysitter+my mom replaces after my mom pegi keje+mybestfren+my bullier+my dad+my coach+my everthing lah,he teachs me a lot of thing.
and rite,gua tengah menjalankan salah satu dari wasiat+amanah dari dia.
for my mom especially.
second time dengan membe2 gua merangkap membe abang gua jugak,gua sorang je perempuan time tuh.
kawan2 kasut tinggi mekap tebal gua tak layan bola.
dorang lebih suka meletihkan kaki kat shopping complex.
gua lain sikit.semangat bola tuh lain macam sikit.tapi im cool.not too over.
dulu gua asyik follow je membe2 skateboard gua.ke hulu ke hilir.
malam tuh gua dress-up tak macam perempuan.
cap+hood+sneakers.
tapi itu the last time gua tengok bola kat stadium after that gua dah tak nak masuk stadium ag dah.
sebabnya.
gua tak da bodyguard ag nak masuk stadium.
selalu arwah abang gua jadi bodyguard + kengakwan dia.
to all gurl,jangan cuba-cuba nak tengok bola kat stadium okay.
make sure anda dalam pengawasan parents anda.
bahaya gua cakap.
peminat bola neh.(man especially) lain macam sikit.
walaupun kekadang tuh,ada yang tak reti nak sepak bola pon ada,tapi hangin nya lain macam.
sorry guys!
it is the truth.
okaylah,
actually benda lain nak tulis,
benda lain pula yang di bebel.
bapak-bapak JPA,POLIS,BOMBA dan seangakatan mesti sibuk malam neh.
berjaga-jaga.
takut-takut stadium terbakar pulak kan?
okaylah,
gua nak sambung bercinta dengan buku-buku gua,
baru shopping semalam.
tak sabar nak letak input baru dalam sereblum,serebrum and medula gua.
p/s: to k.sha,im not really get ur point "jadi diri sebenar"means?
who say this? Arjuna Qaseh at 8:44 PM 5 omong-omong
Thursday, November 5, 2009
Tahniah=Congratulation
Sesi membuat ucapan tahniah bersamaan congratulation kalau orang kampung cakap.
Tahniah kepada rakan-rakan aku yang bakal dan sudah menamatkan pengajian mereka hari ini.memandangkan last paper adalah hari ini.
tapi yang tak bestnya,
aku tak leh join sekaki pergi merambu-ramba.
*beda antara student dan worker.
Tahniah untuk rakan maya + realiti di mana sekarang neh bertambah-tambah berjaya walaupun hanya berbekalkan segulung diploma dari uitm sahaja.
sila bawak balik eifel tower untuk aku okay?
Tahniah kepada rakan-rakan ku yang bergelar ibu dan ayah hari ini.
anak korang anak aku jugak okay?
Tahniah juga kepada kamu-kamu yang berjaya mengharungi hari ini dengan jayanya.
*confirm aku dah 'mental'
By the way,
anyone,who have some information about good wifi/broadband service.except celcom which i use it right now.
because celcom broadband in my area is too bad.
it becomes one of the reason i want to quit from blogging.
so,
you guy.
let me know ok.
p/s:bil broadband tak bayar ag meh.haih.kasi potonglah.
who say this? Arjuna Qaseh at 9:19 PM 6 omong-omong
Wednesday, November 4, 2009
Ini bukan pantun!
Jangan datang rapat,
cuba-cuba menanam tebu,
aku sikit tak terpikat,
kelak bisa jadi debu.
Jangan datang rapat,
cuba-cuba menabur budi,
serasa seperti aku berbogel.
menadah tangan hati di tusuk.
Jangan datang rapat,
cuba-cuba menghulur tali,
biar aku hanyut dek arus.
dari menghirup aroma keji.
p/s: tunggu masa url ini akan hilang
who say this? Arjuna Qaseh at 10:40 PM 4 omong-omong
Sunday, November 1, 2009
ok baby,im quit!
Saya rasa,
saya rasa,
nak berhenti dari berblogging.
siapa setuju?
sila angkat kening,mahu kira.
p/s:saya rasa kurang enak dengan perasaan selesa.=0
who say this? Arjuna Qaseh at 7:54 PM 7 omong-omong
Saturday, October 31, 2009
Do I have To Regret?
"ko tak rasa menyesal ke berhenti belajar?"
"ko tak rasa tindakan ko neh bodoh ke?"
2 soalan ini selalu sangat di aju oleh 'rakan-rakan"yang kononnya kawan hingga mati.
sedara yang bilamana tangan saya penuh dengan emas baru mahu menempek-nempek disisi.
saat bila saya hanya punya 10 ringgit dalam poket dan tak punya apa-apa,dan berbuka dan sahur dengan meegi?mana ntah menghilang.
takpa,ignore je orang macam tuh.
apa yang di jawab.
"tak,buat pe belajar.bosan,keje pegang duit sendiri..bla..bla..bla.."
"tak,aku rasa bodoh kalo aku belajar tapi macam tak belajar.kesian kat mak ayah bagi duit.result pon ala kadar je itu baru bodoh namanya.."-ini di tujukan kepada dia.aku kesian giler tengok mak beliau kat kampung,kerja bagai nak rak,tapi..haih..see..aku dah buka cerita orang.tapi rasa puas jugak dapat tutup mulut beliau.
I know me better than they are rite?
Sejak akhir-akhir ini saya banyak ketemu dengan pelbagai manusia dan macam-macam kisah,di mana saya boleh amik iktibar dan menjadi inspirasi untuk saya terus melangkah.which i feel God has shown me the sign not to give up.
Actually.
Saya mahu belajar dan terus belajar.sebab saya memang sukakan ilmu.i dont know how to explain that feel.tapi saya suka menjadi sebuah kotak kaca yang penuh warna-warna kehidupan.
Ilmu itu buatkan saya tak rasa loser.baru orang-orang yang memandang hujung mata,tambahan lontaran kata-kata macam lembing tusuk hati akan beri sedikit rasa hormat kepada saya sebagai manusia.even i do not bother what there are talking cursing what so ever.i just want to full fill my heart only.saya tak nak buktikan apa-apa kepada sesiapa.
"aku akan buktikan kepada mereka (yang @#$%&) aku akan berjaya"-no i dont like this statement.sebab saya rasa macam kita nak berjaya semata-mata untuk tunjukkan kepada mereka.nonsense.yang penting,kita dan orang-orang yang sayang kita.mereka-mereka yang nak jijak kita itu.biarkan saja,macam curah air ke pasir.di serap,lalu hilanglah,tak sempat nak bertakung.betul tak?sila geleng kepala kalo setuju.
Saya selalu terfikir,saya neh sebenarnya kurang bersungguh-sungguh dalam menjalankan sesuatu.
mungkin ada beberapa faktor yang mengganggu.tapi salah saya.saya yang tak berusaha lebih,tak kuat nak hadapi all those bad thing.
Banyak sudah peluang-peluang yang baik saya lepaskan.
1-darjah 6 dulu,after upsr segala,saya di tawarkan untuk ke sekolah sukan bukit jalil. my mom tak kasi pergi.because she want me to be somebody else.Yela ingat dulu sport neh tak da masa depan sangat.lagipun my mom neh actually,particular sikit.yela,u all tahu lah pakaina orang bersukan neh macam manakan?itu je jadi penghalangnya
2-ok,i turn my ambition to become a doctor.subject biologi tu memang selalu saya skor.saya suka belajar pasal human.bio je..fizik,harap ke second paper je skor.tapi saya sia-siakan.tapi saya tahu,saya lemah sikit dalam bab-bab darah,jarum.nak kena cucuk pun cuak.(walau muka je nampak cool).i know saya lemah.(tak sampai hati) bila kena bedah katak.om-ma!.saya memang tak sanggup nak bedah katak tuh.kesian sangat2..lagipun saya boleh nak termuntah di situ.saya ada terfikir.sebenarnya saya nak jadi apa.doktor neh sebenarnya my mom yang selalu omokkan kepada saya.
"kakak jadi doktor,mak suka"-lebih kurang macam tulah.
tapi,banyak tapinya.result spm saya.boleh bikin saya masuk uitm je.
percaya atau tidak,saat kawan-kawan lain sibuk study,saya lompat pagar asrama pergi buat keje kat kedai makan.saya dah malas nak amik port pasal spm lagi.12 subject.kawan-kawan seperjuangan semua dapat fly oversea.so saya terkandas disini.
tapi saya tak kecewa bagai nak rak.i know that my fault.
after that,saya ingat nak keje terus (because im the leader of my femly time tuh).saya dapat offer untuk pergi kursus jadi pramugari.tapi,lagi sekali.tatasusila berpakaian dan agama.my mom tak kasi.saya ikut je.saya sibuk dengan keje.kuar rumah bulan balik rumah pun bulan sudah.
i got offer to further in tesl.tapi masalah kewangan jadi penghalang.dan dimana saya perlu utamakan femly.walupun my mom cakap,do not worried bout them,tapi hati saya memang tak sanggup.
lastly,saya masuk uitm.
masa belajar,baru je sem 2 time tuh,dapat offer keje government kat putrajaya.fikir punya fikir saya tolak.banyak sangat penghalangnya.
banyak sekali yang saya lepaskan,sikap tak kisah akan benda positif dan kurang sungguh-sungguh memang tak elok.
bidang permotoran-saya lepaskan
bidang seni-saya pandang sepi.because of my brother pass away.
tesl-saya buat-buat tak tahu
sport-saya kuburkan.just suka-suka only.not become atlet anymore
kalaulah saya teruskan usaha dengan mana-mana bidang mungkin saya.....(sambung sendiri)
Right now!
im 21 years old.many people said that im still young.
but for me,im not young anymore.many pe0ple arond the world. sudah berjaya dari usia kecil.and i have nothing.
pendek kata.lain orang lain perjalanannya kan?tak mengapa.
do i have to regret?
i dont think so,
kalau saya tak boleh ke puncak guna jalan A,saya cari jalan B.tak boleh saya guna jalan C.yang penting usaha.betul tak?
sekarang saya sedang berkira-kira untuk sambung belajar.(part time).ikut plan pertengahan tahun depan.bila fikir-fikir balik.macam buang masa di situ.dan bosan kalo tak belajar.
saya ada dua pilihan.
whether in accounting or finance.
sebab saya dah quit dari masscom.and nak further degree selari dengan bidang kerja saya sekarang.
saya rasa nak buat ACCA-professional jadi akauntan.tapi many people said..like so..and so..for sure the negative thing they said.
susah ke?
saya rasa sudah jatuh cinta dengan akaun.
banyak cabaran dengan nombor neh.seribu macam kebarangkalian terlibat.
so people,i need ur opinion.
private collage qualitynya tak bagus ke?ini ayat yang orang selalu provok kepada saya.
maaf kepada sesiapa yang berkenaan.
bagi saya,mana-mana tempat ok je.
any suggestion?
mana-mana institusi yang bagus pada fikiran anda.(private)
just let me know okay?
appreciate it.
*hug
open uni pon cam okay gak.
p/s: private college and uni dalam malaysia ada lebih kurang 500..banyak kan?sapa nak belajar tuh?
who say this? Arjuna Qaseh at 11:20 AM 4 omong-omong
Friday, October 30, 2009
Ai Rasa Cam nak Potong lah
Broadband!
huhu..
tapi ofcourse after this.
no blog anymore!
p/s: hari ni ai excident!
sonok betul.
mahu pitam ai tengok darah tuh!
erghh
dat why ai tak belajar medic cam my mom nak.
who say this? Arjuna Qaseh at 8:48 PM 8 omong-omong
Tora datang lagi!
Saya kejar masa.
so.
cuba teka,apa jadi sama saya hari ini?
klu:
layak untuk jadi top 3 amazing race.
siapa dapat teka,
saya belanja..
sungguh!
p/s: kepada seantero bloggers.sorry tak dpaat jenguk.later ai singgah eh.
who say this? Arjuna Qaseh at 12:39 AM 3 omong-omong
Wednesday, October 28, 2009
Sorry sayang,my bad!
Kalaulah betul cyborg tuh wujud,ai nak pinjam mata dia,nak leserkan mata you.ai tak suka tau,mata you sepet,ai tak suka.Tapi ai suka tengok cite sepet.
you macam cacing kepanasan.(panas sebab melintas jalan tengah hari rembang)
kenapa sayang,ai neh cantik sangat ke?you pandang ai tak berkelip-kelip?
Kejap-kejap you lalu nak mengintip apa ai buat?you rindu kat ai eh?(bunyi cam lesbian je)
or
You tak ada punggung nak duduk kat tempat you sendiri sebab terlampau kurus tinggal tulang,tapi yang ai nampak banyak je lemak-lemak hasil pengumpulan daging-daging saudara sendiri yang you makan.sedap ke daging tu?sorry sayang my bad,ai tak makan daging.
You makanlah daging tuh banyak-banyak biar mulut you bau loji..
makan eh,biar pecah perut.You tu dah memang kafir.
esok-esok ai panggil alam flora tolong vanish PHD you tu eh?
boleh?
p/s:aku rasa macam nak pakai purdah plus glasses hitam kuar rumah.mesti cun kan?
who say this? Arjuna Qaseh at 11:12 PM 4 omong-omong
Tuesday, October 27, 2009
Syak#2
Ai syak beliau tipu ai hidup-hidup.
Demi untuk melepaskan diri dari tali jerut yang tidak sama sekali menjerut beliau.
Mungkin beliau rasa tersepit.
Tapi ai tak pernah nak menyepit beliau.
Sungguh.
Ai tak suka lah main sepit-sepit neh.
Makan pakai sepit tahulah.
Makan kuih sepit tahulah.Buatnya ai tak tahu.Yang ai tahu,ai cari sepit rambut ai tak jumpa-jumpa lagi.
Tapi biarlah.
Ai dah tak kisah meh!
Beliau nak tipu kanan ke,nak tipu kiri ke.
Ai memang tak endah.
Tuhan ada.
Esok-esok beliau dapat la apa yang beliu beri kat ai.
Bak kata orang kampung ai,"what u give,u get back"
Tapi satu je,
ai memang tak suka.
Orang menipu untuk menutup kesalahan sendiri.
Tapi kalau menipu untuk mengelak masalah,ai boleh pertimbangkan lagi.
Macam suami yang nak berpoligami tapi buat panggilan hangit,bukan hangit lagi tuh,panggilan hancur.
Loser.
tak sesuai.
Dayuslah itu lelaki.
ish..ish..
bila berlaku penceraian,yang betul-betul kesian adalah anak-anak.
Ai tahulah.
Ai merasai perasan tuh.
Sakit ai cakap sama u'all.
Ai rasa macam nak muntah bila baca apa yang ai tulis ni.
Gedik gila kan.
tak pe,ai happy hari ini.
p/s:wekend nak g usha skate-board.
who say this? Arjuna Qaseh at 11:44 PM 4 omong-omong
Monday, October 26, 2009
I AM A PRINCESS.
This entry especially respons to Miss Cheryna.
Lidah beku.
Hati mati.
Rasa payau.
Mata bisu.
Telinga buta.
Ajaibnya.
Ceritera yang anda khabarkan itu selalu menjadi angan-angan saya di waktu kecil.Dimana ia menjadi pembujuk hati yang gundah.
Rasa keliru dengan apa yang berlaku di hadapannya.Dimana tidak sesuai dengan keadaan umur dia pada waktu itu.Lama-lama rasa yang membeku itu merobek hatinya lalu terbentuk satu lubang yang sangat besar.Kosong.
Persoalan kenapa dan mengapa sering bermain-main dan menari-nari dalam benak cuma tak terluah dengan kata-kata.Kerana fikirannya maju kehadapan lebih dari usia.
Lalu membesarlah budak yang kuat berangan-angan mahu merasai memakai gaun putih dan terselit sekuntum bunga ros merah jambu tika menghadari majlis di sekolahnya,tapi itu semua tak terjadi.Kerana berjumpa bonda pun hanya tika di kejutkan waktu jarum pendek menunjuk ke arah 5 pagi.Mana mungkin bonda akan menyiapkan gaun putih untuk puterinya bukan?
Malah,puteri itu bertukar watak menjadi cinderella di rumah sendiri.Tapi kenakalan dia mencari tawa sendiri mengalahkan Ariel the little mermaid.
Pernah jua terfikir puteri ini mahu melarikan diri kedalam hutan dan tinggal bersama pari-pari.berlainan sedikit dengan Snow White.Mahu hidup di dunia di mana puteri itu akan kekal sebagai kanak-kanak riang dan menjadi peneman setia Peter Pan.
Makin lama puteri itu meniti hari,makin dia bijak membezakan realiti dan fantasi.
Jika dahulu puteri selalu berngan-angan kerana dia fikir mungkin apa mahunya akan tercapai jika beliau berangan-angan seperti yang di angankan oleh Alice in the Wonderland.Tapi beliau sedar,beliau telah tertipu.Lalu rambut panjang seakan Rapunzel dipotong pendek bukan untuk di jadikan sebagai tiket untuk beliau melepaskan diri dari menara.Tapi menjadi pagar besi untuk beliau dari mata-mata arjuna.
Kerana beliau rasa seperti menelan duri hari-hari melihat tingkah arjuna-arjuna dalam hidupnya.Lalu bertukar watak menjadi Fantaghiro.
Apa Puteri Qaseh idamkan sekarang.
Tidur nyenyak seperti Sleeping Beauty,bukan menunggu sang putera datang megejutkan beliau dari tidur yang panjang.Cuma mahu menganyam jalan ceritera perjalanan untuk hari esok beliau.Beliau tidak lagi percaya akan ada putera berkuda puith datang menghampiri.
Itu semua fantasi.
Puteri Qaseh sedar akan ada Aladdin menampal lopong di hati tanpa bantuan Genie.
Kerana beliau percaya akan Yang Satu Itu.
Yang menjanjikan kehidupan yang abadi apabila tamatnya drama-drama di semesta.
Jangan gundah,hati puteri itu kuat,nescaya besok dia akan menari dengan hati yang mekar.
Tiada markah positif untuk membiarkan hatinya mati kerna cinta dongeng si arjuna.Tapi hatinya mati kerana tidak dapat bertentang mata dengan bonda di saat beliau berada dalam jubah bersaiz xs berwarna biru itu.
Sungguh.
Dunia ini indah,banyak lagi angan-angan indah yang bisa kita anyam di bawah pohon sakura bukan?
Saya seorang puteri di mata bonda saya.mana mungkin beliau membiarkan dirinya ranap dengan duri semalu,kerana beliau pernah ketemu racun yang lebih berbisa.
Ayuh.
p/s:saya susah hati bila dah dapat gaji.manyak-manyak susah hati.
who say this? Arjuna Qaseh at 11:27 PM 7 omong-omong
Sunday, October 25, 2009
Off Mode Nearly To Dead Mode
Hari ini hati aku mati!
Sekian terima kasih.
p/s: ai penat giler pakai heel satu hari,tapi bila ada mata(itu) yang terbungkam tengok ai,bangga jugak.ahaks.-perasan kan ai?
who say this? Arjuna Qaseh at 9:28 PM 6 omong-omong
Saturday, October 24, 2009
Hey Ladies!
"siapa cakap ai tak boleh ketemu bahagia huh?"
Saya rasa indah saat ini terselit-selit antara perasaaan.
di tinggal dan meninggal.
di sayang dan menyayangi.
di sakit dan menyakiti.
di sampah dan menyampah.
di tusuk dan menusuk.
di hampa dan menghampa.
di hujan dan menghujan.
Biar secebis cuma perasaan indah itu,tapi syukur.
Biarpun bulan sepuluh layaknya di simpul sebagai Tragedi Oktober.
Tak mengapa sayang,move on.
"more you give,more you get rite?"
Orang selalu bilang sama saya:
"kau neh ibaratnya lilin bakar diri untuk terangi orang lain"
"kau punya aura untuk bahagiakan orang,insyaallah,kau akan bahagia"
Sekarang,saya sedar.ramailah sangat orang yang sayangkan saya.Cuma lagak tinggi mahu mengaku saya pun sayangkan mereka-meraka.
Ya,saya miskin harta tapi kaya dengan kasih.Walupun saya susah untuk menerima budi.sudah orang berbudi kita berkasih.tak punya harta untuk di balas.
tak mengapa kan?
Kepada kamu-kamu yang sayangkan saya seikhlas hati.
terima kasih tak terucap.kasih kita sesama hingga mati.
Kepada kamu,
walau hadir sekejap cuma,tapi sempat merakam cerita indah.ikhlas ini dari hati kecil.
walau sukar menerima,tapi wajib lepaskan.
kamu sudah dimilik orang.
selamat berbahagia.
selamat pengantin baru.
tapi molek kiranya silaturrahim sebagai rakan itu tidak putus kan?
Kepada wanita yang bernama Khalijah bt.Ismail.
terima kasih untuk segala.
cuma doa dan kasih tak seberapa mampu berikan.
terima kasih kerana menjadi bonda saya.
terima kasih bonda.
terima kasih.
sekarang cuma saya sudah mengerti hati dan fikiran ibu bapa.
sungguh unik kasih ibu bapa ini.
bagi kamu-kamu yang mengatakan bahawa,
"mak ayah tak sayang saya itu"
sila tarik kembali.
bonda.
ampunkan saya,pernah jua terlintas di hati berkata begitu.
Kepada (arwah) Saad b.Cha
terima kasih untuk kasih kamu walau sekejap cuma.
8 tahun.
tempoh kita bertentang mata.
cukup untuk saya gelarkan kamu ayahanda.
doa saya untuk kamu lebih dari doa untuk ayahanda kandung saya.
mungkin tidak cukup kamu bahagia dengan kami bertiga yang miskin,tapi kamu pergi dengan senyuman.
cuma ralatnya saya,saya tak khabar ke kamu,saya sayang kamu.cuma saya harap saat malaikat menarik nafas kamu perlahan-lahan,tika saya bisikkan kata gelaran 'ayah' untuk pertama kalinya di telinga kamu,saya harap kamu dengar bisikan itu.
maaf mungkin tika kamu hidup,kamu tak pernah dengar kata keramat itu dari bibir saya.
tapi jujur saya katakan di sini.kamu ayah saya.
ralatnya lagi.
selepas kamu pejam mata,baru saya tahu kamu kasihkan saya seperti anak sendiri.
kita-kita ini menjadi alat permainan untuk hiburkan hati iri mereka-mereka kan?
saya ingat sempatlah kita sekeluarga bercuti bersama hujung tahun ini.(sangat idam-idamkan ini)semenjak 2004 saya angankan tapi itulah takdir telah tersurat.bagaimana mahu membantah kan?
Kepada saudari yang saya tumpang menghujan melalui telefon petang semalam,
terima kasih.
terus henti titisan hujan di pipi.
kala itu,saya tak tahu mahu pinjam telinga siapa.
terima kasih untuk kisah-kisah yang kamu khabar ke saya.
membikin fikiran saya lebih luas.
*i luv ur voice!boleh jadi dj neh.
akhir kata,mungkin.
kepada kamu-kamu yang sudi menjenguk kesini.
terima kasih.
mungkin kamu kesini mencari ketenangan,tapi yang jumpa hanya sebu mungkin,maaf ya.
cuma disini saya bercakap dari hati,di alam realiti mungkin kamu hanya akan nampak tawa sahaja dibibir.
saya hargai setiap kata-kata yang kamu tinggalkan.
terima kasih.
semoga perkenalan kita di alam maya kekal.mungkin jika hingga ke alam realiti lebih molek.
bertambah panjang tali silaturrahim itu kan?
bertambah markah positif di bahu kanan.
terima kasih!
ayuh,
sebarkan bunga-bunga kasih!
dunia ini indah sebenarnya kan?
p/s: tak nak tidur,takut rasa indah itu mati selepas buka mata esoknya.
who say this? Arjuna Qaseh at 1:01 PM 10 omong-omong
Friday, October 23, 2009
Rahsia

"anak aku besok nak comel cam dia"
KOrang!
dengar tak saya panggil neh!
sini lah.
nak kasi tahu satu rahsia.
nak dengar tak?
before that,
can you keep a secret?
if you can,you may scroll down.
if not?
please click the X button up there.
apa rahsianya?
rahsianya...
IM ALIVE!
Jaiho!
Please keep this secret yea.
coz im scared..
if tomorrow....
i would feel like "sampah"again.
simpan baik-baik ye.
daa..
gudnite!
p/s: inilah penyakit orang susah nak beradu neh.
who say this? Arjuna Qaseh at 3:07 AM 9 omong-omong
Tuesday, October 20, 2009
Capek buk!
Gambar ini tak ada kene mengena dengan mood saya sekarang ok!banyak lah lagi!
saya suka!
sibuk,
lagi sibuk lagi suka!
lagi capek.
saya bisa tidur terus.
p/s:kiri kanan depan belakang,rata-rata mereka itu.kekadang terfikir aku neh ada kat malaysia or negara lain bah.
cuak dowh,bila dorang pandang lama-lama.
who say this? Arjuna Qaseh at 10:55 PM 5 omong-omong

